Jenayah

Hakim sukar buat pertimbangan

SEREMBAN – Selepas hampir lima bulan kes pengabaian remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, didedahkan, Mahkamah Sesyen Seremban semalam akhirnya menjatuhkan hukuman empat bulan penjara dan denda RM10,000 terhadap ibu remaja tersebut.

Lolanopita Sadi, 40, berbaju kurang dan tudung biru tenang mendengar hukuman dijatuhkan oleh Hakim Kamaruddin Kamsun.

Sebelum itu, mahkamah mendengar pengakuan bersalah tertuduh yang juga pengakuan kedua selepas Lolanopita menukar pengakuannya pada hari pertama perbicaraan pada 5 November.

Pada awal penghakiman, Kamarudin mengakui agak sukar membuat pertimbangan bagi kedua-dua pertuduhan disabitkan terhadap Lolanopita.

Mengikut analisa keputusan mahkamah, Kamarudin berkata, laporan perubatan menunjukkan Muhammad Firdaus mempunyai masalah celebral palsy atau lumpuh otak sejak dilahirkan dan selama ini dia berada di bawah jagaan tertuduh.

“Berdasarkan laporan perubatan doktor yang merawatnya, keadaan Muhammad Firdaus pada masa dijumpai ialah kekurangan zat yang parah. Ini bukan soal penderaan fizikal, tapi yang kita perlu lihat dalam kes ini soal pengabaian.

“Apa punca masalah ini, tidak pula dinyatakan dalam fakta kes. Kita membuat andaian bahawa Muhammad Firdaus tidak diberi makanan berkhasiat secukupnya,” katanya.

[ARTIKEL BERKAINTAN: Lola tak mahu tuntut Firdaus]

Beliau menjelaskan, seperti mana dinyatakan Naib Pengerusi Pertubuhan, Anak-Anak Celebral Palsy, menjaga anak-anak ini sangat sukar dan memerlukan sokongan ramai dan tanggungjawab ini perlu dipikul semua pihak.

“Persoalannya, siapa harus dipersalahkan. Di mana peranan pemimpin masyarakat, agensi bertanggungjawab dalam mencari kekurangan masyarakat menjalankan bidang tugasan mereka, di mana peranan media menjadi mata dan telinga kepada masyarakat.

“Persoalannya apa hukuman yang harus diberi kepada tertuduh. Undang-undang ini dicipta bukan semata-mata menghukum pesalah, tapi dibentuk dan diintregrasi secara harmoni,” katanya.

Menurutnya, kebajikan Muhammad Firdaus adalah matlamat utama kes itu dan berdasarkan fakta kes, dia bergantung kasih kepada ibunya.

Terdahulu, mahkamah dipertontonkan video keadaan Muhammad Firdaus yang terbaring di lantai berpasir, najis di kepala dan baju semasa ditemui pihak berkuasa.

Sepanjang tayangan video itu, Lolanopita kelihatan lebih banyak tunduk dan sebak.

Pada 27 Julai lalu, dia didakwa di mahkamah sesyen di sini, atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan Muhammad Firdaus tanpa pengawasan dalam sebuah bilik di Flat Taman Semarak, Nilai, jam 2.30 pagi pada 21 Jun lalu.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");