Sukan Hari Ini

Harimau Malaya perlu pengurus tepat demi maruah

Kuala Lumpur: Penasihat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan skuad kebangsaan memerlukan pengurusan yang profesional.

Menerusi entri terbaru di Facebook Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail berkata, pengurus pasukan kebangsaan seharusnya memberikan tumpuan penuh kepada skuad negara dan bukannya sibuk dengan urusan peribadi.

“Semasa latihan di Johor Bahru, pengurus skuad negara langsung tidak hadir untuk menyaksikan latihan dan memberi sokongan moral.

“Adakah individu yang berkhidmat dengan FAM seorang yang bertanggungjawab atau memegang jawatan untuk kepentingan politik?

“Seharusnya mereka memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Jangan hanya memegang jawatan sekadar memenuhi syarat,” katanya.

Pengurus skuad negara ketika ini ialah Datu Sudarsono Osman.

“Saya nasihatkan presiden (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) melantik individu yang komited dan bukannya atas kepentingan peribadi,” katanya.

Tunku Ismail menjelaskan Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat dengan setiap pasukan perlu menerapkan profesionalisme untuk liga dan skuad negara.

“Apa yang saya lihat pemain kurang bersemangat kerana kita tidak mengambil berat kebajikan mereka. Salah satu faktor waktu rehat dan tempoh cuti pemain.

“Pemain bukan robot apabila terpaksa lapor diri sehari selepas tamat kejohanan,” katanya.

Tunku Ismail turut mempersoal ketiadaan Norfarhan Muhammad dan Mohd Razman Roslan yang dinobat penyerang dan pertahanan terbaik baru-baru ini.

Malah, beliau menggesa agar segera menyelesaikan masalah gaji membabitkan pemain Perlis dan Selangor.

“Semua persatuan harus tahu pemain adalah manusia dan bukannya hamba,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");