Berita Hari Ini

Hentian Putra Pindah Ke TBS Mulai 1 Disember

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) di sini akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan dekat sini (TBS) pada 1 Dis ini.

Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri berkata perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas.

Keadaan di TBS lebih selesa berbanding HBP kerana ia mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam lain serta mempunyai ruang lebih luas bagi menampung bas yang banyak, kata bahagian itu dalam kenyataan di sini.
-mStar-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");