Perak Hari Ini

Jawatankuasa Hadapi Banjir di Perak, Sentiasa Bersedia

IPOH – Jawatankuasa memantau kawasan yang berpotensi dilanda banjir sentiasa bersedia.

Demikian menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengenai persiapan menghadapi bencana banjir di Negeri ini.

Katanya, jawatankuasa itu diwujudkan dari peringkat luar bandar sehingga ke peringkat Negeri.

“Pihak yang dipertanggungjawab memantau dan bersedia menghadapi bencana banjir ini mempunyai kemudahan yang mencukupi.

“Tindakan segera akan diambil sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai sebarang petanda awal banjir,” katanya.

Katanya, pelbagai unit yang bersiap sedia untuk menghadapi banjir adalah Pasukan Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan beberapa lagi.

Antara tindakan pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran adalah mengambil baca paras air sungai setiap 4 jam.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa isu berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highland turut memberi impak kepada Negeri Perak kerana berjiran dan kawasan yang dilanda musibah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");