Jenayah

Jiran mati punca bau busuk

Georgetown: Mayat seorang wanita berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan berbau busuk di dalam rumah di Flat Medan Tengku, Jelutong, 8 malam tadi.

Jurucakap polis berkata, mayat Koay Saw Khoon ditemui tanpa pakaian di dalam bilik berhampiran katil dalam keadaan kembung dan berbau busuk.

Beliau berkata, warga emas itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berikutan beberapa jiran tidak melihatnya yang sering keluar rumah setiap pagi untuk bermesra dengan penduduk setempat.

“Penemuan mayat wanita itu akhirnya menjawab segala persoalan mengenai bau busuk di kawasan kejiranan itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan punca kematian masih disiasat sama ada disebabkan penyakit tua atau masalah lain,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");