Berita Hari Ini

JPA nafi tarik biasiswa pelajar UM anjur program tidak mendapat kelulusan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan agensi itu sudah menarik balik biasiswa seorang pelajar dari Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang sebelum ini menganjurkan program sehingga mencetuskan kekecohan di universiti terbabit.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata pihaknya hanya meminta beliau mengemukakan penjelasan atas tindakan dilakukan.

“Kita belum tarik… kita hanya minta dia beri penjelasan,” katanya ketika ditemui media pada Karnival Patrionisme JPA 2014 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, sebentar tadi.

Beberapa portal media semalam menyatakan bahawa pelajar terbabit, Fahmi Zainol ditarik balik biasiswanya oleh JPA selepas dipercayai menganjurkan program tidak mendapat kelulusan UM, sehingga berlaku insiden rempuhan pagar di universiti tertua itu baru-baru ini.

Menyentuh mengenai audit penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor awam oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohamad Zabidi berkata usaha itu sudah dimulakannya sejak tahun lalu dan hasil serta keputusan audit itu akan dikemukakan DBP Jun tahun depan.

Katanya, setakat ini, kira-kira 30 jabatan kerajaan sudah diaudit DBP bagi mendapatkan maklum balas mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan harian jabatan terbabit.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");