Berita Hari Ini

JPAM, bomba siap siaga

Kuala Lumpur: Seramai 11,800 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) digerakkan ke lokasi berlakunya banjir yang kini melanda beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dan Sabah.

Pengarah Pengurusan Bencana dan Operasi JPAM Kolonel (PA) Mohd Yusoff Samad berkata, anggota terbabit digerakkan dalam tempoh tiga jam pertama sebaik mendapat laporan mengenai banjir di kawasan berkenaan.

“Baki 384,936 anggota pula dikerahkan bagi tugasan susulan operasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selain kerahan anggota, JPAM juga menggunakan logistik kenderaan milik mereka berupa bot, lori dan kenderaan pacuan empat roda.

“Sebanyak 276 bot, 89 lori dan 130 kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk kerja menyelamat mangsa dan sudah siap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Menurutnya, JPAM juga membahagikan penugasan mereka kepada tiga fasa iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas kejadian banjir.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");