Isu Panas

Kekal Akta Hasutan tindakan bijak

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dianggap bijak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ini kerana akta tersebut sangat signifikan dalam menjaga keharmonian kaum di negara ini.

“Kita tidak perlu tiru undang-undang di negara lain kerana komuniti di negara ini unik dengan pelbagai agama, kaum dan bangsa.

“Kalau akta ini juga dihapuskan, bagaimana kita mahu memastikan keharmonian kaum dikekalkan sedangkan pada masa sekarang ini pun ada pihak yang sudah berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja, malah berani menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,” katanya kepada Sinar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan hari ini untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan membuat penambaikan dengan memasukkan dua perkara.

Penambahbaikan itu berkaitan melindungi kesucian agama Islam dan larangan menghina agama lain serta tindakan ke atas sesiapa yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");