Perak Hari Ini

Keluarga Daif Dapat Perhatian YBUDR

IPOH : Miskin bandar bukanlah senario yang asing pada masa ini disebabkan kepesatan pembangunan dan tidak seperti selalunya kemiskinan hanya dikaitkan dengan masyarakat luar bandar namun miskin bandar dilihat semakin serius kerana peningkatan taraf hidup.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, kunjungan ke rumah milik keluarga Ahmad Kamal Arippin, 47, dapat menyelami sendiri kehidupan keluarga ini yang hidup dalam serba kekurangan meskipun tinggal di tengah-tengah Bandaraya Ipoh.

“Ahmad Kamal yang berkerja sebagai pengawal keselamatan bagaimanapun sudah tidak mampu lagi bekerja selepas disahkan menghidap penyakit kencing manis sejak enam bulan lalu,” katanya
ketika ditemui pada lawatan di rumah keluarga berkenaan.

Menurutnya, akibat kehilangan sumber pendapatan, Ahmad Kamal dikategorikan sebagai miskin mengejut.

Hairul Anwar berkata, bertepatan dengan insiatif Kerajaan Negeri melalui YBUDR, bantuan dihulurkan kepada keluarga ini bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Ahmad Kamal dan isteri, Halimaton Saadiah Haron, 52, bersama 11 orang anak tinggal di rumah yang cukup daif dekat kampung Simee Ipoh.

ybu1

Bebanan yang tanggung juga terpaksa dipikul bersama anak-anak, hinggakan seorang anaknya yang berumur 16 tahun pernah dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah disebabkan menjaga ayahnya yang sakit.

“Mereka kini hanya bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),RM450 sebulan, dan mempunyai ramai tanggungan seperti dua masih belajar di sekolah menengah dan dua lagi di sekolah rendah.

“Tiga lagi anaknya sudah menamatkan pelajaran dan seorang sudah pun berkahwin,”jelas Hairul Anwar lagi

Keadaan bertambah sukar, apabila anak bongsu pasangan ini, berumur 5 tahun tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU), yang mengalami masalah pertuturan, percakapan dan penglihatan.

ybu3

Prihatin dengan kemiskinan yang dihadapi pasangan ini, YBUDR tampil memberi bantuan yang sesuai antaranya bantuan kotak makanan dan baikpulih rumah.

“Kami juga akan membantu menyelesaikan urusan berkaitan tuntutan bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang masih belum diperolehi sehingga kini,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak YBUDR juga akan merujuk terus kepada pihak JKM untuk meneruskan bantuan berkenaan yang akan tamat pembayarannya hujung tahun ini.

Bagi orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Kamal di talian (012-5524152) atau sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank Maybank (158024794104).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");