Isu Panas

Kemiskinan Melayu P Pinang diwarisi BN tak berasas

PUTRAJAYA – Dakwaan kemiskinan masyarakat Melayu di Pulau Pinang diwarisi daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah satu tuduhan tidak berasas dan bersifat perkauman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut kecewa apabila segala dakwaan kelemahan di Pulau Pinang dikaitkan dengan kepimpinan BN terdahulu, tetapi kejayaan yang dibawa BN tidak pula dinyatakan langsung.

“Kenapa cakap bahawa masalah Melayu di Pulau Pinang diwarisi pemerintahan BN? Kenapa tidak cakap kejayaan Cina di Pulau Pinang adalah kejayaan BN? Ia adalah satu kenyataan yang tidak adil.

“Ia satu kenyataan memperlihatkan kecetekan pemikiran dan beliau bersifat ‘bias’ (berat sebelah) dan perkauman,” katanya ketika diminta mengulas laporan media yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengaitkan kemiskinan masyarakat Melayu Pulau Pinang dengan BN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Komunikasi Mudah Alih dan Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, kenyataan Zairil itu seolah-olah berselindung di sebalik dasar meritokrasi tetapi berfikiran perkauman.

“‘Racist without racism’ merupakan satu perkara yang perlu diteliti kerana ia berlaku di mana-mana sahaja. Dia tak kata dia mengamalkan perkauman tetapi di sebalik kata-kata bahawa saya tak mahu perkauman itu ada unsur perkauman dalam kata-kata dan dasar yang dipelopori,” katanya.

-Sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");