Berita Hari Ini

Kerajaan Pusat ambil alih bersih tandas awam 2016

Hal ini mungkin nampak kecil…namun ia selalu bikin orang marah.Bayangkan bila masuk tandas nak termuntah kerana ‘segala macam’ bau dan tidak terurus.

Harap-harap ia boleh selesai menerusi keputusan terbaru kerajaan ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan kata kerajaan akan ambilalih penyelengaraan dan urusan membersih tandas awam dari semua pihak berkuasa tempatan pada tahun 2016.

Beliau beritahu demikian semasa melancarkan Hari Tandas Sedunia peringkat kebangsaan di Port Dickson Sabtu.

Katanya langkah ini penting kerana kebanyakan tandas awam tidak diselanggara dengan baik dan kotor.

Menurutnya kebanyakan pihak berkuasa tempatan tidak dapat selenggara tandas awam kerana ia semakin mahal untuk terus menerus memperbaiki kelengkapan dalamnya yang rosak dan sebagainya.

Rahman memberitahu kementerian itu akan berbincang dengan semua pihak berkuasa tempatan mengenai cara langkah ambilaih penyelengaraan itu dapat dilaksanakan.- 22/11/2014-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");