Jenayah

Kereta peronda tertimbus

Kuala Lumpur: Dua anggota polis bantuan Genting Highlands nyaris maut selepas kereta peronda dinaiki ditimbus tanah dan batu runtuh di Kilometer (km) 4.2 menghala ke pusat peranginan itu awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, mangsa mulanya menerima maklumat berhubung kejadian tanah runtuh pertama sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun mangsa yang membuat tinjauan awal bagi mengesan mangsa di lokasi kejadian terkejut apabila berlaku runtuhan tebing bukit kali kedua yang menimbus kereta dinaiki.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata, kenderaan terbabit tertimbus dalam runtuhan tanah yang menutupi keseluruhan tiga lorong jalan itu.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");