Jenayah

Kes Culik: Isteri Pasrah Tarikh Akhir Bayar Tebusan RM3 Juta Hampir Tiba

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah, Chin Pek Nyen pasrah dan sudah tidak berdaya melakukan apa-apa menjelang tanggal 30 November, tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan Abu Sayyaf untuk dia membayar wang tebusan RM3 juta bagi membebaskan suaminya.

Walaupun kempen dilakukan untuk mencari sumbangan, Chin, 42, hanya baru mengumpul 15 peratus daripada jumlah yang diperlukan.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi,” katanya.

“Tidak ada tanda tentera Filipina menyelamatkan suami saya,” kata Chin, yang suaminya Chan Sai Chiun, 32, telah diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari sangkar ternakan ikan mereka di Kunak pada 16 Jun.

Militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Jolo, yang telah mengugut untuk memenggal kepala Chan sentiasa menghubunginya tentang wang tebusan tersebut.

Mereka juga tidak membenarkan Chan untuk bercakap dengannya sejak Julai.

“Ada orang memberitahu saya bahawa mereka hanya mahukan wang. Saya harap tiada apa yang berlaku kepadanya, “katanya.

Awal bulan ini, Chin telah pergi ke Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur di mana dia telah mengadakan satu sidang akhbar dalam usaha mencari bantuan untuk membebaskan suaminya.

“Beritahu saya apa lagi yang perlu saya lakukan? Tunggu? Berapa lama lagi saya boleh menunggu?.”

Chin berkata penculik tidak mahu mengurangkan jumlah wang tebusan.

Malaysia, sedang berusaha melalui orang tengah bagi membebaskan Chan dan konstabel polis Zakiah Aleip, 26, daripada kumpulan lelaki bersenjata yang menculik mereka di lokasi berasingan di Jolo.

Zakiah telah dibawa lari oleh lelaki bersenjata dari Pulau Mabul pada 12 Julai.

Penculiknya telah membuat panggilan kepada rakan-rakannya, menuntut wang tebusan RM3 juta.

Isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 23, berkata dia tidak bercakap dengan Zakiah selama beberapa bulan kerana kebanyakan komunikasi adalah antara penculik dan anggota polis di sini.

“Saya tidak dapat bercakap dengannya,” katanya.

Dia berharap dapat bersama kembali dengan suaminya tidak lama lagi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");