Sukan Hari Ini

KLHC mudah tundukkan Sapura, kekal teratas

PENYANDANG juara, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mudah menundukkan Sapura, 4-0, dalam aksi Liga Hoki Malaysia-TNB, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

KLHC yang mendominasi perlawanan sebelum itu terus-menerus mengasak kubu lawan, lima minit selepas perlawanan dimulakan. Bagaimanapun, penjaga gawang Sapura, M Hairi Abdul Rahman bertindak cemerlang termasuk menafikan pukulan sudut penalti KLHC, m-7.

Pasukan bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kemudiannya mengatur langkah lebih agresif namun masih gagal menembusi pertahanan kental Sapura.

Bagaimanapun, KLHC memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama melalui pukulan sudut penalti, M Razie Abd Rahim, m-34.

Tidak cukup dengan itu, KLHC terus melebarkan jurang meledakkan tiga jaringan dalam tempoh tujuh minit melalui M Rashid Baharom, Akhtar Ali dan Ahmad Kazamirul Nasruddin.

Kemenangan KLHC itu terus membuatkan mereka gah di puncak liga dengan mengumpul 12 mata.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");