Perak Hari Ini

Konsep Pajakan Kediaman Untuk Golongan Pesara

IPOH : Perak kini memiliki sebuah kawasan pembangunan khusus untuk golongan pesara dan ia adalah satu-satunya konsep sedemikian di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Eksekutif TI Home, John Chong berkata, konsep kediaman yang ditawarkan syarikat ini telah berjaya dibangunkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia sejak beberapa dekad lalu.

“Pada April tahun ini, US News telah mengiktiraf Ipoh sebagai bandar ketiga terbaik di dunia kepada golongan pesara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Upacara Pecah Tanah di GreenAcres, Meru di sini, hari ini.

Hadir sama, Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia, Tan Sri Dato Seri Lee Lam Thye.

Menurut John, GreenAcres katanya, dijadualkan siap pada 2016, dan konsep pembeliannya juga berbeza.

“Unit kediaman ini bukan untuk pelaburan kerana anda tidak boleh membelinya.

“Apa yang kami lakukan adalah menyediakan pajakan seumur hidup kepada penyewa yang berumur 55 tahun ke atas.

“Misalnya, jika pembeli membeli pada harga pasaran semasa, dalam tempoh 10 tahun akan datang, apabila tamat tempoh pajakan, pemaju akan membeli semula kediaman itu dengan harga mengikut harga
pasaran ketika itu,” katanya lagi.

Jelasnya, bagi pajakan satu unit kediaman, bakal penghuni akan membayar deposit pajakan seumur hidup antara RM300,000 hingga RM452,000 untuk fasa 1.

Lokasi berkeluasan 10 ekar yang berpagar ini terdiri daripada 170 buah unit kediaman dan rumah kelab untuk aktiviti sosial komuniti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");