Membawang Hari Ini

Krisdayanti berduet dengan anak sendiri, Aurel

KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan Krisdayanti Live in KL 2014 sudah mula terasa.

Berita mengenai Krisdayanti terus memenuhi dada akhbar, majalah dan laman sesawang, sejurus selepas pengumuman konsert beliau diadakan beberapa bulan lalu.

Konsert penyanyi lagu Menghitung Hari itu akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini (Sabtu) bermula jam 8.30 malam. Konsert yang dinanti-nantikan ini adalah anjuran One Drop Perfumes, peneraju minyak wangi tanpa alkohol di Malaysia.

Menjanjikan konsert yang bakal melakarkan sejarah, Krisdayanti kini rancak menjalankan persiapan untuk konsert yang bakal menjelang tiba sekali gus menjanjikan persembahan ekstravaganza.

Pengarah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail berkata, jualan tiket untuk konsert ini amat memberangsangkan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak media atas segala liputan yang dibuat mengenai konsert ini kerana ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada jualan tiket dan bukti Krisdayanti masih diterima peminat.

“Mereka sudah tidak sabar untuk merebut peluang keemasan menyaksikan Krisdayanti beraksi semula dengan corak persembahan terbaharu yang lebih segar dan mantap,” katanya.

Selain itu, di antara kelainan yang sudah dilakukan oleh One Drop Perfumes untuk menjanjikan konsert yang hebat ini ialah meletakkan nama artis jemputan di tangan peminat di laman rasmi facebook Krisdayanti Live in KL 2014.

“Pelbagai nama dicadangkan oleh peminat dan sambutan yang diterima memang menggalakkan. Setelah meneliti segala cadangan dan berhubung dengan pihak pengurusan artis berkenaan, kami sepakat memilih Hafiz dan Kris turut akan berduet dengan anaknya Aurel,” kata Zetty.

Konsert Kris Dayanti Live In KL 2014 ini bakal menyaksikan kehebatan beliau beraksi di pentas Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama kira-kira dua jam.

“Tipu jika saya katakan saya tidak gementar. Sudah lama saya impikan konsert sebesar ini dan syukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan One Drop Perfumes. Impian saya bakal terlaksana, Insya-Allah dan kini saya sedang giat melakukan latihan.

“Tambahan pula saya bakal digandingkan dengan Hafiz, penyanyi top Malaysia. Yang saya pasti punyai keistimewaan tersendiri. Saya juga akan berduet dengan Aurel, anak saya jadi mereka ini semestinya mempunyai stamina yang luar biasa.

“Selain itu, saya akan tampilkan beberapa kejutan dan juga bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini,” kata Kris.

Tiket-tiket Konsert Krisdayanti Live In KL 2014 boleh didapati di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03 9222 8111 dengan harga seperti berikut : RM98 (Bronze), RM188 (Silver), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM1,088 (VVIP).

Tiket-tiket juga boleh didapati di outlet Speedy Video serata Malaysia, Neway Karaoke Box, Rock Corner, Celcom Blue Cube, Victoria Music Center, KL Life Centre, Cambers Music, Loud & Clear dan PJ Live Arts.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");