Sukan Hari Ini

Kroos bantu Jerman atasi Sepanyol 1-0

VIGO: Jerman muncul pemenang dalam perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak apabila menewaskan Sepanyol 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di sini, awal pagi tadi.

Gol tunggal itu hadir pada minit ke-90 menerusi Toni Kroos yang bergelut sebelum menewaskan penjaga gol gantian, Kiko Casilla.

Penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas beraksi untuk Sepanyol buat kali ke-160 tetapi terpaksa digantikan Casilla dengan permainan berbaki 20 minit.

“Ini adalah apa yang kami harapkan. Ini satu tahun yang besar dan kemenangan ini adalah cara terbaik menutup tirai musim ini,” kata Kroos selepas perlawanan itu. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");