Membawang Hari Ini

Lafaz cerai: Eizlan Yusof terus berdiam diri

KUALA LUMPUR: Berita mengejutkan mengenai keretakan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun tersebar semalam apabila isteri pelakon itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bagaimanapun, mereka tidak hadir pada prosiding sebutan kes.

Vie Santie, 28, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semalam, mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta kedua-dua pihak hadir bersama saksi.

Usaha BH Online menghubungi pelakon drama Jaguh Jaguh itu gagal kerana panggilan ke telefonnya tidak berjawab.

Laman Instagram Eizlan pula kali terakhir gambar dikemaskini empat hari lalu.

Malah beberapa keping gambar yang dimuat naik tidak pula menunjukkan tanda-tanda rumah tangganya sedang bermasalah.

Gambar beliau dan isteri turut dimuatkan termasuk ketika menghadiri malam graduasi anak perempuan mereka, Vie Zaara selain bersantai di sebuah premis makanan.

Pasangan ini berkahwin pada 7 Julai 2007 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");