Sukan Hari Ini

Lapan minat kemudi skuad senior

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya lapan calon berminat menjadi ketua jurulatih skuad hoki negara sekali gus menyaksikan persaingan merebut kerusi panas itu semakin sengit.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, jumlah lapan calon itu membabitkan jurulatih luar serta tempatan.

“Setakat ini ada lebih kurang tujuh hingga lapan yang berminat termasuk calon tempatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Begitupun Nur Azmi enggan mengesahkan bekas ketua jurulatih skuad India Terry Walsh serta jurulatih pasukan kebangsaan wanita India Neil Hawgood, antara calon yang berada dalam radar badan induk itu.

Ditanya mengapa begitu lama masa diambil untuk memuktamadkan perlantikan seorang jurulatih tetap, Nur Azmi memberi alasan banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan penting itu.

“Ini perkara serius dan banyak yang perlu diteliti. Antaranya soal gaji dan kontrak selain beberapa perkara yang membabitkan MHC,” katanya.

Walsh kembali menjadi sebutan apabila beliau meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan India selepas rundingan kontrak baru dengan persatuan hoki negara itu menemui jalan buntu.

Sebelum ini, Walsh pernah membimbing skuad negara tiga tahun dari 1990 hingga 1993.

Hawgood pula bekas pemain Australia yang pernah beraksi pada beberapa temasya sukan besar termasuk Sukan Olimpik 1988.

Sejak pengunduran Paul Revington awal tahun ini, jawatan ketua jurulatih negara sering bertukar ganti dan kini disandang Tai Beng Hai.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");