Perak Hari Ini

Lebih 1,500 kanak-kanak Tabika KEMAS Negeri Perak Sertai Majlis Selawat

IPOH : Lebih 1,500 kanak-kanak daripada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh daerah di negeri Perak menyertai Majlis Selawat dan Bacaan Doa Harian Secara Beramai-ramai.

Majlis yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini malam tadi secara tidak langsung berjaya mencatatkan nama institusi berkenaan dalam Malaysia Book of Records (MBR) berikutan penyertaan peserta terdiri daripada kanak-kanak yang paling ramai dalam program seumpama itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saarani Mohamad, penganjuran aktiviti tersebut membukti bahawa Tabika KEMAS mempunyai sistem pembelajaran yang sama.

“Pihak KEMAS negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bagi mengumpulkan anak-anak Tabika KEMAS dalam program selawat beramai-ramai ini kerana dalam negeri perak sahaja terdapat 877 tabika dan lebih kurang 15,000 pelajar.

“Malam ini sahaja baru 10 peratus iaitu kira-kira 1588 kanak-kanak yang menyertai program ini.

“Penganjuran malam ini bukan bertujuan untuk memenangi MBR ini semata-mata.. bila ustaz tadi memimpin bacaan doa dan kita dapati mereka mereka boleh membaca meskipun daripada tabika yang berlainan daerah.

“Ini membuktikan bahawa kokurikulum Tabika KEMAS ini merupakan kokurikulum yang seragam,” katanya dalam sidang media selepas mengisytihar dan menyampaikan sijil MBR kepada Pengarah KEMAS negeri Perak, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Malaysia, Amiruddin Ariffin.

Beliau berkata, ia juga dapat membuktikan bahawa kokurikulum yang digunakan bagi pembelajaran di tabika tersebut bukan hanya mementingkan pembelajaran duniawi semata-mata.

“Kita hendak buktikan bahawa tidak benarlah jika ada suara-suara sumbang yang menunding jari dengan mengatakan kononnya Tabika KEMAS ini hanya mementingkan duniawi.

“Dimana kononnya guru-guru disini hanya melatih serta mengajar murid-murid untuk menyanyi dan menari.

“Mereka tidak cerita bahawa di Tabika KEMAS juga kita mengajar kanak-kanak ini berkaitan agama untuk kehidupan harian dan mendidik mereka untuk bercakap dengan bahasa baik serta mempunyai pekerti mulia,” katanya lagi.

Ujarnya, guru di tabika tersebut telah dipilih daripada golongan yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Guru-guru KEMAS ini adalah daripada golongan yang terlatih, diiktiraf dan sebahagian daripadanya mempunyai diploma.

“Kita selalu mengingatkan kepada guru-guru untuk tidak menggunakan bahasa yang kesat kerana ia akan memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak tersebut,” kata Saarani lagi.

Tambahnya, usaha untuk memberikan pendidikan awal yang baik kepada kanak-kanak itu perlu dilakukan bagi mengelakkan impak negatif yang akan berlaku kepada mereka apabila menjengah umur dewasa.

“Kita nak mereka ini diberikan pendidikan awal kanak-kanak kerana menurut psikologi, apa yang dipelajari oleh mereka, akan disimpan di dalam memori dan apabila dewasa, mereka akan mempraktikkannya.

“Sebab itu, kalau kanak-kanak yang dihasut untuk membenci, memijak gambar pemimpin, diajar untuk memaki hamun serta menggunakan perkataan tidak elok… perkara itu akan disimpan didalam fikirannya.

“Secara tidak langsung, kanak-kanak yang membesar dengan cara sebegitu, ia akan berpontensi untuk menjadi jahat apabila mereka mencapai usia remaja nanti,” ujar beliau lagi.

Untuk melihat galeri gambar KLIK SINI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");