Jenayah

Lelaki disangka kijang

Kuala Krai: “Sebelum kejadian, bapa sempat memberitahu tidak sedap hati keluar memikat burung,” kata Muhammad Afif Mohd Zulkifli, 20, anak kepada seorang pemikat burung yang maut ditembak rakan sekampungnya yang disangka kijang dalam kejadian di Ladang Rakyat Bukit Abu, Dabong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.40 petang itu, Mohd Zulkifli Mat Isa, 48, yang juga seorang penoreh getah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Dabong, di sini, selepas parah di kepala, bahu kiri dan paha kanan.

Difahamkan, mangsa ditembak dengan senapang patah kerana disangkakan kijang oleh dua rakan sekampungnya yang kebetulan berburu di kawasan sama.

Mayat bapa kepada lima anak itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku Ipoh, Tanah Merah.

Muhammad Afif berkata, sebelum kejadian itu, bapanya memaklumkan berasa kurang sihat dan tidak sedap hati untuk memikat burung di dalam hutan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");