Perak Hari Ini

Logo Hutan Paya Bakau Matang dilancarkan hari ini

IPOH : Bersempena dengan kejayaan program Hutan Paya Bakau Matang, sebuah logo khas dilancarkan hari ini bagi menandakan sedekad pengurusan Hutan Paya Bakau Matang di Negeri Perak diwujudkan.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Sri Dr Abd. Rahman Abd Rahim berkata, logo yang mengetengahkan ikan lumba-lumba itu adalah simbolik antara kedua hidupan yang wujud di kawasan Hutan Paya Bakau Matang.

“Setiap kali logo ini digunakan, ia akan mengingatkan kita betapa saling kaitannya antara Hutan Paya Bakau dan kehidupan masyarakat setempat,” katanya.

matang

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Hutan Paya Bakau Matang di sini, hari ini

Hadir sama, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah selaku Pengerusi Landskap Malaysia.

Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Haji Muhammad Amin Zakaria dan Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Roslan Ariffin.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lain membentangkan kertas kerja mengenai pemuliharaan dan kepelbagai Hutan Paya Bakau.

Seramai 400 orang dari pelbagai Negara termasuk Thailand, Japan dan Belgium menyertai persidangan dalam usaha memberi sokongan terhadap pemuliharaan Hutan Paya Bakau Matang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");