Perak Hari Ini

Lori Terbabas, Pemandu Tersepit

BIDOR: Seorang pemandu lori berhadapan dengan detik cemas apabila tersepit dalam lori yang dipandunya akibat terbabas di sini, pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, laporan mengenai kejadian yang turut melibatkan sebuah lagi lori, diterima sekitar jam 7 pagi.

Kemalangan dilaporkan berlaku apabila pemandu lori berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 350, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Katanya, akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera di bahagan muka, kaki dan lutut akibat tersepit.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan dibawa ke hospital berhampiran untuk diberi rawatan kecemasan.

Operasi menyelamat diketuai oleh PB Saijul Malik tamat sekitar 7.37 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");