Sukan Hari Ini

LPGA: Ciganda, Granada mendahului

NAPLES, Amerika Syarikat: Carlota Ciganda memulakan langkah di pertengahan pusingan untuk berkongsi pendahuluan Kejuaraan Jelajah LPGA selepas 36 lubang pada hari yang mencabar berikutan keadaan berangin.

Pemain Sepanyol berusia 24 tahun itu mencatatkan lima di bawah par 67 untuk menyertai pendahulu selepas pusingan pertama, Julieta Granada pada keseluruhan tujuh di bawah par 137.

Granada dari Paraguay yang pernah sekali memenangi kejohanan dalam Jelajah AS, mencatatkan satu di bawah par 71.

Ciganda memburu kemenangan pertama di Jelajah AS. Beliau memenangi empat kejohanan antarabangsa termasuk tiga di Jelajah Eropah yang menamakan beliau sebagai pemain baharu terbaik pada 2012.

“Ia bukan mudah di luar sana,” kata Ciganda mengenai keadaan berangin di lapangan Kelab Golf Tiburon. “Ia amat berangin.”

Morgan Pressel mencatatkan enam di bawah par 66 untuk berada di tempat ketiga sendirian dengan keseluruhan enam di bawah par 138.

Juara Terbuka Wanita AS, Michelle Wie mencatatkan 67 dan terikat di tempat keempat dengan Sarah Jane Smith (69) dan Sandra Gal (71).

Pemain nombor dua dunia, Stacy Lewis sekadar dua di atas par 74 dan terikat di tangga ke-15 dengan juara bertahan, Feng Shanshan dari China pada keseluruhan satu di bawah par 143. Feng mencatatkan tiga di bawah par 69. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");