Membawang Hari Ini

Malam penentuan Krisdayanti

Malam ini adalah malam penentuan bagi penyanyi Menghitung Hari, Krisdayanti kerana konsert beliau berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bukan saja peminat, malah ramai selebriti tempatan turut diundang dan melapangkan waktu mereka untuk menyaksikan konsert berkenaan yang ditaja jenama minyak wangi terkemuka, One Drop Perfumes.

Antara yang memuat naik tiket konsert berkenaan ke laman sosial seperti Instagram adalah aktres popular Nora Danish, Yana Shamsudin, Jihan Muse, Aaron Aziz dan Dafi.

Tidak ketinggalan Fara Fauzana, Emma Maembong, Nita Hamzah, Najwa Latif, Nabil Ahmad dan Datin Paduka Umie Aida yang berminat untuk sama-sama menyaksikan konsert hebat itu bagi penutup tirai hiburan 2014.

Konsert Krisdayanti itu boleh dianggap sebagai satu fiesta vokal kerana turut mengundang penyanyi terkenal Malaysia, Hafiz Suip untuk berduet sama selain anak Krisdayanti sendiri, Aurel.

Sebelum ini, Krisdayanti sendiri sudah dua kali berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan konsert itu kepada pihak media cetak, elektronik dan media sosial.

Kembali ke Jakarta Krisdayanti tidak membuang masa dan terus berlatih dengan band muziknya serta penari dan penyanyi latar.

Beliau juga sudah menyediakan beberapa busana menarik untuk segmen seperti Broadway dan tribute kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Shiela Majid.

Penolong Penerbit konsert itu yang juga Pengurus Promosi dan Pemasaran, Mas Ayie Mas Omar berkata, Krisdayanti akan menyampaikan lebih 20 lagu seperti Hati Ini Telah Dilukai, Aku Wanita Biasa, Menghitung Hari, Mencintaimu dan Pilihlah Aku.

“Dia juga akan berduet dua lagu dengan Hafiz serta tiga lagu dengan anaknya, Aurel. Sebagai menghargai kehebatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sheila, beberapa lagu hebat akan disampaikan.

“Seramai 10 pemuzik bersama sekumpulan penari dan penyanyi latar mengiringi Krisdayanti kelak. Segala persiapan terbaik sudah dibuat bagi memberikan yang terbaik kepada semua peminat yang sudah membeli tiket.

“Bagi yang belum membeli tiket, promosi ‘Beli Satu, Percuma Satu’ masih ada berlangsung.

Peminat hanya perlu membawa rencana asal Krisdayanti ini ketika membeli tiket di kaunter Box-Office dan Ticket Charge bertempat di Dewan Plenary, KLCC hari ini.

Tidak ketinggalan rencana dan iklan konsert Krisdayanti siaran 14 atau 15 Novermber lalu dalam Harian Metro,” kata Mas Ayie.

Tiket konsert Krisdayanti Live in KL 2014 berharga RM98 (Bronze), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM1,088 (VVIP).

Tiket juga boleh didapati di kedai Speedy Video.-hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");