Perak Hari Ini

Mayat Lelaki Hilang Ditemui, Polis Giat Usaha Kesan Suspek

IPOH : Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu di Bidor, ditemui di Banting dekat Selangor, semalam.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, K.Jeevanthan, 37, seorang pembekal sayur berasal daripada Bidor, dilaporkan hilang oleh isterinya selepas tidak pulang ke ruamh serta gagal di hubungi.

Menurutnya, ekoran daripada penemuan mayat mangsa, polis sudah mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kejadian yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Pihak polis telah mengenalpasti suspek yang terlibat iaitu dua orang lelaki India dengan kewarganegaraan asing yang dikenali sebagai Bala dan Periathambi @ Tambi berumur dalam lingkungan 30 tahun.

“Manakala seorang lelaki tempatan bernama P.S. Baskaran, 37, juga disyaki terlibat dalam insiden tersebut dan pihak polis yakin beliau boleh membantu siasatan yang dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ipoh di sini, hari ini..

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Perak masih meneruskan siasatan untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kes ini

Sementara itu, isteri mangsa sudah pun membuat pengecaman terhadap mayat yang ditemui dan mengesahkan ia adalah mayat suami.

“Pengadu telah mengesahkan mayat lelaki tersebut adalah suami beliau dan hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Hospital Banting, Selangor mendapati mayat sudah reput namun tiada kesan kecederaan.

“Punca kematian disebabkan perbuatan aniaya kerana mayat ditemui keadaan tangan dan kakinya terikat serta badan mangsa juga diikat pada sebatang kayu,”jelasnya lagi.

Bagaimanapun, kenderaan yang digunakan oleh mangsa masih belum ditemui.

“Lori jenis Nissan yang dibawa oleh Jeevanthan, bernombor pendaftaran BMF 8737 dan berwarna putih masih belum dijumpai.

“Pihak polis juga meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes ini bagi membantu siasatan,” tambahnya.

Terdahulu, pada 3 November lalu, pengadu (isteri mangsa) sekali lagi membuat laporan polis berikutan beliau menerima panggilan daripada salah seorang suspek, Periathambi yang meminta wang ganti rugi berjumlah RM50,000.

Suspek dipercayai menuntut ganti rugi tersebut berikutan masalah hutang hasil perkongsian kebun sayur diantara mangsa dengan seorang lagi suspek iaitu Bala.

Selepas beberapa minggu daripada panggilan itu dibuat, keluarga mangsa dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di Banting (semalam) dan hasil pengecaman yang dilakukan, mayat tersebut disahkan sebagai Jeevanathan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");