Sukan Hari Ini

Medan buru pemain berkualiti

SELEPAS dua pusingan pembukaan menutup tirai dengan jayanya di Kuala Terengganu hujung minggu lalu, saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2014/2015 akan beralih ke zon utara di Kedah bermula esok dan 29-30 November ini.

Ketua Pegawai Operasi Asia Sports Ventures, Venu Ramadass berkata, menerusi jalinan kerjasama erat bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dapat mencungkil bakat baharu berpotensi bagi mewarnai arena sukan tradisi Malaysia.

“Kita dapat lihat bagaimana sambutan yang diterima bagi dua pusingan awal di Terengganu, sambutan cukup menggalakkan.

“Saya diberitahu panel pemantau PSM menyenarai pendek lebih 50 bakat baharu dan berharap ramai lagi dapat dikesan apabila siri jelajah di Kedah, Melaka dan Johor.

“Ramai tidak tahu, STL bukan semata-mata untuk mereka datang bertanding dan menang hadiah tetapi lebih dari itu. Mereka mungkin pemain masa depan sukan takraw tanah air yang kita cari,” katanya.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Jamaluddin Hassan yang mengetuai sekumpulan 12 panel pemantau untuk mencari bakat yang menyerlah di STL bagi diserap ke dalam draf Liga Franchise 2015 menjelaskan, selepas tamat dua pusingan, barisan panel sudah menyenarai pendek seramai 57 pemain yang menyerlah di Kuala Terengganu.

“Ada beberapa kriteria yang kita nilai sebelum meletakkan mereka dalam senarai pendek. Penilaian lebih kepada teknik asas yang perlu bagi seseorang pemain takraw, ketinggian, tahap kecergasan dan paling penting ketangkasan pergerakan. Jika ada pengalaman sebagai pemain di peringkat pelapis atau negeri ia sedikit memainkan peranan,” katanya.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");