Berita Hari Ini

MH17: Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ke Belanda bulan depan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan ke Amsterdam, Belanda pada 3 Dis ini untuk berbincang mengenai peranan pasukan penyiasat Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Beliau berkata antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan dengan pihak penyiasat Belanda ialah untuk memasukkan penyertaan pasukan penyiasat Malaysia ke dalam pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan bagi menyiasat nahas tersebut.

“Buat masa ini, kita (Malaysia) tidak ada lagi dalam pasukan siasatan bersama, sebaliknya hanya sebagai peserta. Kita mesti dimasukkan ke dalam pasukan siasatan bersama ini,” katanya selepas menghadiri persidangan perundangan, peraturan dan keadilan jenayah di sini hari ini.

Ketika ini Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia berada dalam pasukan penyiasatan antarabangsa tersebut.

Penyertaan Malaysia di dalam pasukan penyiasatan antarabangsa telah dipersetujui Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte semasa beliau melawat Malaysia awal bulan ini.

Pesawat MH17 terhempas di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas dipercayai ditembak jatuh ketika membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Sejumlah 43 rakyat Malaysia turut berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu.
– hmetro –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");