Laporan Eksklusif

Miliki 20 Tahun Pengalaman, Jahaberdeen Calon Majlis Peguam

Pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2005/2006 bakal menyaksikan pertarungan pencalonan 23 muka baru dan lama bagi merebut 12 kerusi yang dipertandingkan.

Seramai 16,000 ahli Majlis membuang undi bermula 6 November lalu, yang mana keputusannya akan dapat diketahui pada 2 Disember ini.

Dalam kalangan calon berkenaan adalah Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Datuk Sulaiman Abdullah dan Syahredzan Johan.

Jahaberdeen, yang sudah lebih 20 tahun menjadi peguam, berkata sekiranya diberi peluang dalam pemilihan tersebut, hasratnya adalah untuk mahu memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada Majlis Peguam di samping membantu peguam-peguam baru.

” Saya bersedia membantu peguam-peguam baru sedia ada, bagi menghadapi cabaran sebagai pengamal undang-undang dan mencari kaedah penyelesaian terhadap sebarang masalah dihadapi mereka sebagaimana tugas yang perlu dilakukan Majlis.

“Ia meliputi memberi tumpuan dalam hal ehwal melibatkan anggota Majlis dan melindungi mereka serta perkhidmatan mereka.

Demikian harapan yang disuarakan beliau menerusi portal berita The Mole baru-baru ini.

Berikut adalah serba sedikit latar belakang Jahaberdeen yang turut dikenali sebagai Jabar atau Jahamy dikalangan rakan-rakannya sejak 15 tahun lalu.

Beliau juga disifatkan sebagai seorang yang baik kerana kejujurannya sepanjang menjadi pengamal undang-undang.

Beliau mendapat Ijazah Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya menjadi pensyarah ekonomi di Stamford College.

Kerjaya peguamnya bermula selepas memperolehi Ijazah Sarjana dalam Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa dan kini memiliki sebuah firman guaman ,“Jahaberdeen & Co”.

Selain itu, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Syariah selama beberapa tahun.

Beliau pernah menghasilkan buku ekonomi untuk pelajar Tingkatan 5. Buku terakhir yang dihasilkan beliau berjudul “Islam: Antara Isi dan Kulit” mencatatkan jualan sehingga 5,300 cetakan di pasaran.

Beliau juga pernah dianugerahkan ‘Pingat Jasa Masyarakat’ oleh Gabenor Pulau Pinang pada tahun 2007.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");