Jenayah

Militan al-Qaeda keluarkan video tebusan Perancis, Belanda

WASHINGTON: Kumpulan militan al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM) semalam menyiarkan kandungan video menunjukkan tebusan Perancis dan Belanda yang ditahan sejak November 2011 di padang pasir Sahara.

Video berkenaan yang dijumpai di internet oleh pemantau keganasan, SITE, memaparkan warga Perancis, Serge Lazarevic dan seorang lelaki yang memperkenal dirinya sebagai Sjaak Rijke merayu kepada kerajaan masing-masing supaya berunding bagi membebaskan mereka.

Lazarevic berkata, kandungan video itu tidak dapat dipastikan tarikh rakaman tetapi Rijke menyatakan rakaman itu dibuat pada 26 September tahun ini dan merujuk kepada pertukaran tahanan di antara Amerika Syarikat dan Taliban yang dilakukan Mei lalu.

Lazarevic, 50, yang diculik di pekan Hombori, Mali pada November 2011, muncul dengan penutup kepala berwarna gelap dan berjanggut tebal dan berdiri di depan sebuah trak serta sepanduk jihad berwarna hitam di belakangnya.

Bercakap dalam bahasa Perancis, Lazarevic mengadu dia sakit teruk dan menggesa Presiden Francois Hollande supaya berusaha untuk membebaskannya.

Kali terakhir Lazarevic muncul dalam video propaganda AQIM ialah pada Jun lalu.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan kesahihan video terbaharu itu.

Pejabat presiden berkata, rakaman video itu membuktikan seseorang itu masih bernyawa dan hilang untuk sekian lama.

“Presiden sentiasa konsisten menghubungi pihak berkuasa negara di rantau berkenaan bagi menggunakan semua bentuk dialog bagi membebaskan tebusan,” kata kenyataan daripada pejabat presiden.

Tebusan yang memperkenalkan dirinya sebagai Rijke muncul dalam video itu dengan latar belakang kertas putih.

Bercakap dalam bahasa Belanda tetapi dengan loghat Belanda, dia juga menggesa kerajaannya supaya membantu membebaskannya.

Rijke, 54, diculik sebagai pelancong di pekan Timbuktu, Mali juga pada November 2011. Dia juga pernah muncul dalam beberapa video AQIM, sebahagian besarnya pada September 2013. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");