Laporan Eksklusif

Minyak : Kaedah Pengiraan Mudah

SETIAP hari ada sahaja kisah mahupun cerita yang sampai ke telinga kita semua sama ada menerusi laman sosial, kumpulan laman sosial mahupun apa sahaja wadah hubungan komunikasi moden berkaitan isu minyak.

Semalam, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula meluahkan pendapat beliau mengenai isu subsidi petrol RON95 dan diesel tidak seharusnya dihapuskan serta merta tetapi dilakukan secara beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.

“Secara umumnya saya bersetuju dengan pengurangan subsidi namun itu hanya pendapat saya sahaja, bagaimanapun penghapusan (subsidi) perlu mengambil masa, apa pun yang kita buat perlu langkah demi langkah,” katanya.

Beliau melontar pendapat itu berdasarkan kenyataan yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat mengenai penetapan harga runcit untuk kedua-dua jenis bahan bakar tersebut mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis ini.

Mulai tarikh itu, subsidi bagi petrol RON95 serta diesel akan dihapuskan memandangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut di pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Secara kasarnya, sebagai rakyat yang mungkin bijak menekan butang mesin kira-kira, bolehlah mencuba kaedah di bawah :

Elemen Kos Penentuan Harga Minyak

Kos Produk + Alpha + Kos Operasi + Margin Untuk Keuntungan Syarikat Pengeluar Minyak + Margin Keuntungan Untuk Stesyen Minyak + Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi

Apa itu Kos Produk?

Penentuan kos produk minyak adalah berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPs) yang diterbitkan oleh Mcgraw Hill Companies yang berpengkalan di Singapura.Syarikat McGraw akan membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.

Berbeza dengan harga minyak mentah dunia (Crude Oil) yang dikeluarkan NYMEX, harga yang ditetapkan oleh Platts adalah harga minyak yang telah siap diproses (Refined Oil).

Oleh sebab itu, harga Platts adalah lebih tinggi berbanding harga Crude Oil.

Apa itu Alpha?

Alpha adalah perbezaan di antara harga yang diterbitkan oleh Platts dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak.

Parameter ini ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada nilai 5 sen seliter untuk petrol.

Sekiranya harga minyak yang dibeli lebih tinggi dari harga Platts dan melebihi parameter Alpha, maka syarikat minyak akan menanggung lebihan kos tersebut.

Apa itu Kos Operasi?

Ini adalah kos-kos operasi seperti kos pengendalian, kos pengangkutan dan kos pemasaran.

Kadar pada tahun 2009 adalah 9.54 sen per liter untuk petrol di Semenanjung.

Bagaimanapun bagi tahun 2014, pasti kos operasi ini sudah berubah.

Apa itu Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak?

Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak telah ditetapkan pada kadar 5 sen untuk setiap liter petrol.

Apa itu Margin keuntungan untuk stesyen minyak?

Margin keuntungan untuk stesyen minyak ditetapkan pada kadar 12.19 sen per liter bagi petrol

Apa itu Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi?

Kerajaan dibenarkan mengutip cukai jualan semaksimum pada kadar 58.62 sen per liter, tetapi kerajaan tidak pernah mengutip cukai jualan hingga kini

Maka dengan analisa yang dikongkan ini, akan dapat memberikan sedikit panduan kepada pembaca mengenai kaedah pengiraan dalam isu harga petrol dan diesel yang nampaknya semakin hari semakin panas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");