Perak Hari Ini

Myvi Terbakar, Tiada Mangsa Cedera

IPOH – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi musnah dalam satu kebakaran di hadapan Wisma UMNO, Jalan Sultan Idris dekat Ipoh, awal pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), hampir 70 peratus bahagian kereta tersebut terbakar dan pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kebakaran itu.

Operasi yang diketuai oleh PBK II, Mahmud Azaddin itu telah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dalam masa kira-kira 15 minit dan operasi tamat pada jam 3.15 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");