Sukan Hari Ini

Norza: Sudah tiba masanya

TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria mengakui ketiadaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan menjejaskan perancangan kem badminton negara dalam mempertahankan kejuaraan Piala Axiata yang dimenangi tahun lalu.

Bagaimanapun Norza berkata, itu bukan bermakna skuad negara menjadi lemah sebaliknya tetap kuat memandangkan Malaysia masih memiliki beregu yang mampu untuk menampung kelemahan di perseorangan lelaki.

“Sudah tentu ketiadaan Chong Wei menyukarkan skuad negara, memandangkan dia adalah pemain penting buat kita.

“Namun, ia bukan alasan untuk skuad negara mempamerkan aksi kurang bertenaga berentap merebut gelaran juara Kumpulan sekali gus mara ke peringkat separuh akhir dan akhir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Norza juga menasihati pemain negara supaya tidak terlalu memikirkan mengenai ketiadaan Chong Wei sebaliknya yakin dengan kemampuan diri sendiri dan membuktikan mereka mampu mengharumkan nama negara tanpa kelibat pemain nombor satu dunia itu.

“Jangan terlalu bergantung kepada dia (Chong Wei), sudah tiba masanya mereka berdiri di kaki sendiri dan buktikan kemampuan masing-masing.

“Lagipun, kita masih mampu untuk menang kerana kita ada beregu yang kuat dan mereka harus ingat ini kejohanan berpasukan, bukannya individu. Jadi peluang itu tetap ada,” ujarnya.

Ketiadaan Chong Wei yang kini digantung sementara Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyebabkan skuad negara bergantung harapan pada dua pemain perseorangan, Wei Feng dan Daren di Piala Axiata 2014 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.3 juta).

Dalam kejohanan itu, lapan pasukan berentap sesama sendiri selama tujuh hari di pusingan awal di Arena Britama, Kelapa Gading Jakarta dari 27 November hingga 3 Disember, manakala peringkat separuh akhir dan akhir diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur (KLBA) Cheras dari 6 hingga 7 Disember.

Saingan kali ini akan disertai pasukan All-Star Eropah bersama All–Star Asia bersama pemain-pemain dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");