Berita Hari Ini

PAC nafi tiada taring

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menafikan dakwaan bahawa syor jawatankuasa tersebut tidak mendapat maklum balas daripada kementerian.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sebaliknya terdapat kementerian yang mengambil tindakan lebih awal bagi menyelesaikan masalah dalamannya seperti dilaporkan Jabatan Audit Negara sebelum dipanggil untuk menghadiri prosiding PAC.

“Kadang-kadang PAC belum panggil lagi mereka dah ambil tindakan lebih awal. Jadi ini satu perkembangan yang baik.

“Siapa kata PAC tiada taring atau tindakan PAC tiada sebarang reaksi daripada kementerian? Saya rasa pandangan itu tidak betul,” katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

Katanya, tindakan awal itu bukan saja melambangkan keseriusan kementerian terhadap Laporan Audit Negara tetapi juga prosiding PAC.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, syor daripada PAC masih perlu diberikan perhatian oleh kementerian kerana ia bersifat berkecuali.

“Kalau Ketua Setiausaha Negara ambil tindakan dulu ia tidak boleh dikatakan sebagai berkecuali. Ini kerana tindakannya boleh ditafsir mempunyai kepentingan sebagai ketua perkhidmatan awam untuk melindungi anak buahnya.

“Tetapi PAC dalam setiap prosiding kita panggil semua pihak yang terlibat untuk beri penjelasan dan kita buat rumusan yang berkecuali. Rumusan yang disyorkan oleh PAC itu sepatutnya diambil tindakan oleh kementerian sebab ia berkecuali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PAC setakat ini berpuas hati dengan tindakan yang diambil kementerian mengikut syor jawatankuasa tersebut.

“Kita faham bukan semua tindakan boleh diambil sesuka hati kerana mungkin ada implikasi undang-undang atau sebagainya.

“Jadi kita bagi masa tapi kalau terlalu lama kita akan tanya kenapa tidak ambil tindakan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");