Isu Panas

Pakatan Tetap Mahu Batal Keputusan PRU 13

Tidak pasti samada ada ini kes serius atau akademik… tapi nampak gayanya Pakatan Rakyat akan membuat satu lagi percubaan untuk membatalkan keputusan PRU13 di Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Nov lalu mengenepikan permohonan Pakatan untuk membatalkan PRU13 kerana kontroversi dakwat kekal.

Keputusan tersebut dibuat oleh tiga panel hakim yang memutuskan perbicaraan demikian perlu didengar menerusi petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Peguam Pakatan Americk Sidhu berkata, pelanggannya sudah mengarahkan beliau untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan walaupun dua mahkamah lebih rendah sebelum ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan saman mereka tanpa sebarang perbicaraan dijalankan.

Americk berkata, plantif di antara yang kalah dalam PRU13 yang diadakan pada Mei 2013, sudah merancang untuk memanggil saksi bagi memberikan bukti semasa perbicaraan.

“Anak guam kini mahu kami memohon kebenaran di Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan majoriti di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini kekal di mana pendakwa hanya boleh mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

Majoriti hakim memutuskan, satu-satunya pilihan bagi pihak yang kalah mencabar keputusan pilihan raya ialah melalui petisyen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar perkara itu dan permohonan menyingkirkan pesuruhjaya pilihan raya,” kata Hakim Datuk Alizatul Khair Osman

-AgendaDaily-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");