Perak Hari Ini

Pasar Chemor Ibarat ‘Hidup Segan, Mati Tidak Mahu’

Oleh Siti Norain Usop/Foto:Shahinaz Che Juari

CHEMOR: Pasar yang terletak di Pekan Chemor yang menjual barangan basah bagi penduduk di kawasan sekitarnya ibarat ‘hidup segan, mati tidak mahu’.

Entah dimana silapnya pasar yang menjadi nadi bagi seluruh kawasan Mukim Chemor tersebut kelihatan lengang dan sepi berikutan kurangnya jumlah perniaga yang menjalankan perniagaan dikawasan tersebut.

Tinjauan Peraktoday.com.my di lokasi tersebut mendapati, kawasan sekitar premis perniagaan itu agak kotor dan ruangannya sempit berkemungkinan menjadi punca kepada kekurangan peniaga di situ.

Menurut perniaga yang enggan dikenali, pasar tersebut hanya meriah pada hari tertentu.

“Pada setiap hari Rabu, Sabtu dan waktu cuti umum sahaja ramai orang datang ke pasar ini berikutan memang ada pasar awam.

“Pada hari biasa memang pasar ini akan lenggang dan orang ramai pun susah nak datang ke sini,” katanya.

pasarchemor2

Beliau berkata, rata-rata peniaga di kawasan tersebut meluahkan rasa kurang senang ruang yang disediakan oleh pihak pemaju agak sempit.

“peniaga di sini ada yang mengeluh berikutan ruangan yang disediakan tidak bersesuaian dengan saiz perniagaan mereka dalam erti kata lain sempit.

“Laluan untuk para pembeli juga agak terbatas dan ini menyebabkan mereka tidak mahu datang ke pasar ini,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian serius agar pasar yang dibina itu tidak terkubur.

“Pihak yang tertentu seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah yang berlarutan ini.

“Ia bagi mengelakkan pasar ini terus menjadi sepi dan mungkin pada satu tahap, akan dibiarkan menjadi seperti satu kawasan yang tidak berpenghuni,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");