Isu Panas

Pemimpin DAP buat kerja orang bodoh – Nik Aziz

Tindakan beberapa pemimpin DAP yang sering kali mempersoal ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sejak akhir-akhir ini, kerja orang bodoh kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas Menteri Besar itu menegaskan, ketidakhadiran Presiden PAS itu sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

“Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

“Kerja ‘orang bodoh’ ini (mempersoal ketidakhadiran Hadi),” katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Ahad.

Baru-baru ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR, DAP serta PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Sebelum itu, Guan Eng secara terbuka turut menggesa Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden PAS itu gagal berbuat demikian.

Ekoran daripada revolusi yang diluluskan DAP itu, beberapa pemimpin PAS telah tampil memberi peringatan tegas kepada parti itu agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang Hadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas terdapat desas-desus yang mahu Presiden PAS itu berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, Hadi perlu kekal menerajui PAS.

“Salah apa (Hadi perlu berundur), orang lain lagi banyak salah. Beri peluang, mengarut semua ini. Orang yang menyuruh berundur, dengki atas kekuatan Islam,” tegasnya.-16/11/2014/agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");