Perak Hari Ini

Pemuda Pas Perak Gesa Tangani Isu Pusat Penyembelihan Ayam Di Tronoh

IPOH: Pemuda PAS Perak menggesa agar Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menstruktur semula Unit Pengurusan Halal bagi mengelakkan kebimbangan dan kegusaran orang ramai terhadap status sijil halal yang dikeluarkan kepada rumah sembelihan ayam di Pusing, dekat Tronoh baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan pantas perlu diambil oleh pihak JAIPk untuk mengatasi masalah itu.

Menurutnya, isu makanan halal merupakan isu penting terutamanya kepada umat Islam.

Ini kerana pendedahan Laporan Ketua Audit Negara katanya, akan memberikan impak yang besar di dalam sektor permakanan halal sekaligus menjejaskan industri tersebut.

“Pandangan awal masyarakat dengan pendedahan ini, mendatangkan keraguan sudah tentu ingin memastikan ayam yang dibeli bukan datangnya daripada Tronoh ataupun dikeluarkan dari Perak khasnya.

Tambahnya lagi, isu tersebut juga akan mendorong kepada kebimbangan orang ramai mengenai status halal ayam tersebut berdasarkan laporan yang dikeluarkan itu.

“Bagi kami imej dan nama baik sektor industri ayam dari Perak telah terjejas,” tegas beliau.

Beliau berkata, situasi tersebut akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap institusi agama terutamanya berkaitan kelulusan pemakanan halal oleh JAIPk ketika ini.

“Perkara ini tidak dapat dinafikan dan suatu tindakan drastik perlu diambil dengan segera demi mengembalikan keyakinan umum terhadap apa yang berlaku,” katanya lagi.

“Kami yakin jika semua pihak serius untuk melihat indusri halal ini sebagai salah satu produk penting Perak jika dilakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh,” tegasnya lagi.

Kerajaan Perak juga diharap mampu menyalurkan peruntukan tambahan terutamanya untuk mengambil kakitangan baharu supaya usaha ke arah meningkatkan produk halal benar-benar memberi pulangan yang baik kepada kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");