Berita Hari Ini

Penjimatan subsidi diguna untuk sosio ekonomi rakyat – PM

SERDANG: Penjimatan subsidi daripada langkah pengapungan terkawal petrol RON95 dan diesel akan disalurkan semula untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah pengapungan terkawal itu bukan saja dapat mengurangkan subsidi yang diberikan kerajaan malah ia dapat membantu golongan sasar termasuk peladang, penternak dan nelayan dalam sektor pertanian negara.

“Tahun lepas kita punya subsidi minyak RM24 bilion, katakan tahun ini kita boleh jimat RM10 bilion hingga RM20 bilion, kita boleh gunakan duit itu untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat.

“Kita peruntukan RM6 bilion setahun untuk bidang pertanian tahun depan, cuba bayangkan kalau kita boleh jimat RM10 hingga RM20 bilion subsidi… RM6 bilion itu boleh jadi RM10 bilion.

“Rugi kalau kita subsidi minyak, tuan-tuan (petani) bawak kapcai… orang di sini pakai Mercedes, kereta besar sekali isi minyak 75 liter… kapcai 7 liter saja, siapa yang untung? Orang kaya yang untung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrikultur (MAHA2014) di MAEPS di sini, hari ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");