Jenayah

Penoreh dijel 7 tahun, sebat

KOTA BHARU – Seorang penoreh getah dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah tuduhan merompak secara berkumpulan di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Hukuman ke atas Ahmad Faizan Hassan, 25, diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh mengaku salah.

Tertuduh mengaku didakwa bersama seorang lagi masih bebas dan dua telah meninggal dunia, merompak harta Muhammad Haniff Zabidi iaitu RM50,000 milik sebuah syarikat, tempat mangsa bekerja di tepi Jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang, Kuala Krai, pada jam 11 pagi, 3 Februari tahun lalu.

Turut dilarikan wang tunai RM200, telefon bimbit, kad pengenalan, kad transaksi automatik dan pasport antarabangsa milik mangsa.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh merayu mahkamah supaya hukumannya diringankan dengan mengambil kira pengakuan salah atas kerelaan sendiri yang dilakukan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat, dengan mempertimbangkan rompakan bersenjata api dilakukannya.

“Mohon juga mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Tertuduh hanya berjaya ditahan enam bulan selepas kejadian,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");