Perak Hari Ini

Peranan Semua Pihak Mampu Tingkat Potensi Pelajar

IPOH: Kemampuan mentadbir dan kepimpinan merupakan elemen yang penting dalam membentuk sahsiah dan kejayaan anak bangsa.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, kemampuan guru-guru memimpin dan berusaha menyediakan keperluan prasarana buat pelajar adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

“Pihak pentadbiran sekolah merupakan tulang belakang dalam memastikan tahap pencapaian sentiasa berada ditahap cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis persaraan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh, Naimah Omar, di sini, hari ini.

Menurutnya, penganjuran pelbagai aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah berupaya membentuk sahsiah dan tahap kualiti pencapaian pelajar secara amnya.

 

Beliau turut menekankan perihal peranan guru supaya memberi semangat buat para pelajar dalam mengembangkan bakat yang ada dalam diri.

PERAK TODAY 1

“Kerjasama daripada pihak pengetua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru sangat diperlukan untuk membina kekuatan dalam sesebuah institusi sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya dalam pertandingan Sekolah Inovasi Negara 2013 antara kejayaan yang boleh dibanggakan di bawah pentadbiran Naimah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");