Perak Hari Ini

Perpaduan Perlu Dikekalkan Dalam Perjuangan Parti -Zambry

IPOH : Semua ahli dalam parti kompenan Barisan Nasional (BN) khususnya Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan tiba beberapa tahun lagi.

Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Konvensyen PPP Negeri Perak 2014 malam tadi.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Persatuan Huat Tiam Keong di Lebuh Bercham Selatan dekat Ipoh berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi PPP Negeri Perak merangkap Pengerusi PPP Malaysia, Tan Sri Datuk Seri M. Kayveas.

Zambry melahirkan penghargaannya di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak PPP dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Ribuan terima kasih diatas kebersamaan dan usaha gigih yang ditunjukkan ahli-ahli parti komponen khususnya PPP yang sentiasa memperhebatkan sokongan terhadap parti BN dalam pilihan raya yang lalu.

“Mereka sentiasa sudi menghulurkan bantuan secara sukarela sekiranya parti kita menghadapi kesukaran dalam memperjuangkan parti kita ini,” katanya.

Katanya, PPP sudah berada dalam landasan yang baik di bawah pimpinan yang telah dipilih dan dilantik oleh rakyat.

“Kita dapat lihat bahawa PPP berada dalam anjakan yang baik dibawah pimpinan pengerusinya dimana mereka dapat bergerak secara berpasukan dan menyusun program-program mereka dengan baik.PERAK TODAY 4

“Selain itu, hubungan yang rapat di peringkat pimpinan negeri dan kerjasama secara langsung dengan pimpinan negeri dapat memberikan banyak ruang serta kemudahan bagi kita menyusun aktiviti-aktiviti BN di semua peringkat,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau berkata lagi, parti komponen BN tidak akan menggunakan media sebagai landasan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan.

“Kita telah pun berbincang mengenai beberapa isu yang dapat menjadi panduan kepada BN bagi membuat persiapan-persiapan menghadapi pilihanraya.

“Perkara yang mendapat perhatian serius dalam perbincangan tersebut adalah berkenaan sebarang permasalahan yang sensitif hendaklah dibincang di dalam bilik perbincangan.

PERAK TODAY 1“Kita tidak akan menggunakan saluran media atau media sosial untuk kita bertelagah sesama sendiri kerana kita sudah mencapai persefahaman dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli,” tambahnya.

Beliau berharap agar semua parti komponen dapat memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan yang telah menjadi nadi perjuangan untuk memastikan kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka.

Sementara itu, Kayveas berkata, pihaknya akan terus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan parti.

“Perjuangan kita adalah untuk memberikan kemenangan kepada parti dan untuk tujuan itu, kita tidak akan berebut kerusi sesama sendiri.

“Kita akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan khususnya kerajaan dan memastikan setiap ahli memberikan undi untuk kemenangan kepada BN dalam menghadapi pilihan raya nanti.

“Kita akan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih pentadbiran politik dan PPP akan terus berjuang untuk memperkukuhkan kedudukan parti BN dalam sistem pentadbiran negara,” ujarnya.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");