Membawang Hari Ini

Persembahan Hafiz Hamidun penuh pengisian

BEGITULAH suasana yang boleh digambarkan sepanjang persembahan eksklusif Hafiz Hamidun di Menara Kuala Lumpur.

Persembahan yang dihadiri seramai 300 penonton itu ternyata memiliki aura tersendiri apabila pengisian ilmiah yang disajikan pada malam itu benar-benar menyentuh jiwa.

Tepat jam 8.45 malam, Hafiz tampil dengan persembahan pertamanya dengan madley Ya Latif, Rabbi Zidni, Karimu Antallah dan Maghfirah serta diiringi Taubatan Nasuha.

Penonton bukan sahaja terpegun dengan kemampuan vokalnya menyampaikan lagu-lagu zikir, alunan instrumen piano oleh pemuzik hebat, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U turut memberi kesan sepanjang persembahan yang dijalankan.

Suasana tenang yang menyelubungi dewan mula terhenti apabila Hafiz cuba berinteraksi dengan penonton yang hadir menjadikan persembahan pada malam itu menjadi lebih menarik.

Di samping menceritakan pengalamannya memperjuangkan muzik ketuhanan dan pembikinan album zikirnya, Hafiz juga bijak menggunakan kesempatan yang ada berkongsi manfaat berzikir dan makna serta keindahan zikir-zikir yang disampaikan.

Hafizn turut memberi kesempatan mengundang buat bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani membuat persembahan.

Menyampaikan dua buah lagu iaitu Zikir Bismillah dan lagu nasyid Suara Hidayah, persembahan itu juga sedikit sebanyak mengubat kerinduan penonton mendengar kelunakan suara Nazrey.

Persembahan pada malam itu diteruskan dengan beberapa lagu zikir Hasbi Rabbi, Ya Zaljala, Astaghfirullah, Ilahi Last, Kasih PadaMu dan Law Kana Bainana daripada Hafiz sendiri.

Acara kemuncak diteruskan dengan slot khas yang menampilkan pihak Menara Kuala Lumpur menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada pertubuhan Al Tahfiz Bayu Syahadah milik Nazrey yang dibangunkan di Ranau, Sabah.

Sebagai penutup, Hafiz sekali lagi menampilkan Nazrey di pentas untuk bersama menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan Raihan, Iktiraf.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");