Perak Hari Ini

Pindaan Akta Hasutan Perlu dibaiki

IPOH : Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pindaan- pindaaan ke atas Akta Hasutan perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan dengan memperuntukan beberapa eleman untuk menjadikannya lebih kukuh.

Jelasnya lagi, Akta Hasutan 1948 itu perlu mengambil kira dan menekankan elemen peruntukan untuk menjaga dan memperkukuhkan dari segi kesucian Agama Islam dan institusia Raja-raja di Malaysia.

“Akta hasutan juga perlu mengambil kira berkenaan kepentingan Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas menjadi tetamu bagi program pemahaman Akta Hasutan dekat Ipoh hari ini.

Katanya lagi, penekanaan kepada kepentingan Sabah dan Sarawak disebabkan oleh timbulnya pelbagai isu dan khabar angin yang mengatakan keinginan Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia.

“Tentang hukumannya pula perlu lebih berat supaya mampu untuk menggerunkan terhadap Akta ini,” katanya.

Ujarnya lagi, pelaksanaan dan penambahan hukuman berkenaan perlulah dibawah budi bicara pihak pengubal undang-undang memutuskan untuk menambah seberapa banyak yang sesuai.

Sementara itu, beliau turut menyangkal bahawa tindakan mempertahankan Akta Hasutan bukannya untuk menjaga kepentingan sesebuah kaum semata-mata.

“Ianya sosial kontrak yang telah dipersetujui dalam perlembagaan dan pekara yang telah dipersetujui seharusnya tidak dipertikaikan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pelaksanaannya termasuk di dalam Perlembagaan dan berperanan untuk menjaga keharmonian semua kaum.

“Sama juga kaum lain yang tidak  boleh dipertikaikan kewarganegaraan mereka  dan ianya bukan hanya menjaga satu pihak semata-mata tetapi keseluruhan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");