Berita Hari Ini

Plaza Tol Gopeng Ditutup Kepada Kenderaan Berat

KUALA LUMPUR: Laluan masuk Plaza Tol Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup kepada semua kenderaan berat yang melebihi had kelebaran tiga meter mulai hari ini hingga Sabtu bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama (PLUS) di sini hari ini, kenderaan ringan dan kenderaan berat yang tidak melebihi had kelebaran tiga meter masih boleh menggunakan plaza tol itu.

Sehubungan itu, kenderaan berat dari Gopeng yang ingin memasuki lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan masuk menerusi Plaza Tol Simpang Pulai.

-bharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");