Membawang Hari Ini

Populariti ‘Superwoman’, kegilaan Lilly Singh

JIKA di layar perak, watak adiwira Superman, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Lain pula ceritanya dengan gerangan Superwoman di laman YouTube ini.

Bagi 4.3 juta pelayar YouTube atau purata tiga juta pengikut di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram, nama Lilly Singh, 26, barang kali tidak lagi kedengaran asing.

Namun dia terpaksa meletakkan ke tepi keinginannya itu kerana tidak mempunyai keyakinan. Sehinggalah dia mendengar sebuah lagu berjudul Superwoman, yang akhirnya menggerakkan untuk membuka saluran YouTube di bawah nama samaran IISuperwomanII.

Tampil dengan konsep, ‘wanita luar biasa adalah rakan terbaik di dunia’, satu persatu video yang dimuat naik oleh Lilly mendapat perhatian pelayar di luar dan kepesatan teknologi masa kini membuatkan nama Lilly mudah menjadi perhatian.

Menariknya mengenai gadis yang berasal dari Scarborough, Ontario, Kanada ini, antara sebab utama dia ingin menjadi penghibur di YouTube adalah kerana dia merasakan kekurangan kaum wanita terutamanya dalam komuniti Asia Selatan berkecimpung sebagai penghibur di YouTube.

“Saya ingin memberi kesedaran kepada ibu-ibu tunggal sama ada mereka kehilangan suami kerana kematian atau penceraian; atau mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan, perkauman dan homofobia,” ujar gadis berdarah Punjabi ini.

Antara faktor lain yang menarik pelayar ke salurannya adalah kerana Lilly lebih cenderung menyelitkan budaya India dalam video-video yang dihasilkannya.

Dan idea video-video tersebut dihasilkan daripada aduan peminat, apa yang terjadi di sekelilingnya dan kadangkala adalah sindiran Lilly terhadap sesuatu isu.

Selain itu, Lilly turut bekerjasama dengan penghibur YouTube lain seperti Ryan Higa dan Miranda Sings, serta pelakon Bollywood terkenal, Madhuri Dixit dalam penghasilan videonya.

Bukan itu sahaja, Lilly turut memiliki sebuah lagi saluran vlog, yang dinamakan “SuperwomanVlogs”.

Biarpun menggunakan nama sama Superwoman, namun bagi Lilly sendiri, dia berpendapat Superwoman dan Lilly masih orang yang sama.

“Kawan-kawan saya juga sependapat sama. Lilly dan Superwoman adalah individu yang sama, nampak gila, tapi sebenarnya itulah dia sama ada di dalam skrin atau tidak. Paling penting, Lilly dan Superwoman sama cantiknya,” ujar Lilly.

Berbakat besar

Tidak terhad menghiburkan peminat di YouTube semata-mata, Lilly juga turut menjadi pakar motivasi dan sesekali menjadi penghibur di pentas menerusi ‘stand-up comedy’. Lilly juga turut berniaga secara atas talian menerusi laman web “Unicorn Island”, di mana dia menjual pakaian berdasarkan personaliti YouTube.

Malah dia turut mencuba nasib dalam bidang lakonan apabila menerima watak kecil dalam sebuah produksi Indo-Canadian, Dr. Cabbie (2014), yang memperlihatkan Kunal Nayyar selaku teraju utama.

“Impian saya kini adalah untuk melakukan persembahan di India dan bekerjasama dengan bintang terkenal seperti Shahrukh Khan, John Abraham dan Priyanka Chopra. Oh, saya sangat meminati Priyanka dan saya berharap impian saya ini akan terlaksana kelak,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");