Membawang Hari Ini

Reena Nicky berduet dengan Iwere

KUALA LUMPUR: Penyanyi baru, Nik Azlina Nik Dir atau nama komersialnya, Reena Nicky tidak kisah jika ramai yang mempersoalkan kenapa mahu menceburi dunia nyanyian pada usianya 36 tahun. Baginya usia itu satu yang bersifat subjektif.

Malah Reena juga sudah berkahwin dan mempunyai anak. Wanita kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu berkahwin pada usia 19 tahun. Cuma saat diaju persoalan lanjut mengenai statusnya kini, beliau selesa mengunci mulut.

“Bukan nak berahsia tetapi saya perlu menjaga perasaan orang lain,” katanya memulakan bicara.

Baginya beliau lebih galak mahu bercerita mengenai perkembangan seninya. Reena dijangka tampil dengan single pertama berjudul Gadis Kelate menampilkan rappers meningkat naik, Iwere bulan depan.

“Asalnya saya mahu terus muncul dengan album penuh memuatkan sembilan lagu awal tahun depan tetapi pertemuan dengan komposer Eddie Hamid mengubah perancangan asal/ Single Gadis Kelate diharap akan memperkenalkan saya di persada seni.

“Saya anggap kehadiran saya biarpun pada usia kini bukan halangan untuk mencipta jaya. Ikutkan saya sudah mula menyanyi pada 1994. Saya menimba pengalaman di menyanyi di hotel, tapak pesta dan majlis tertutup di Kelantan, Kuala Lumpur dan Thailand.

“Dalam tempoh itu saya mengumpul duit untuk muncul dengan single dan seterusnya album. Saya melaburkan lebih kurang RM100,000 untuk menghasilkan single dan album,” katanya.

Selain menyanyi, Reena juga pernah bekerja dengan ayah angkatnya yang mengusahakan stesen minyak. Reena juga berhasrat untuk mengusahakan stesen minyak sendiri juga sekali gus mengikut jejak ayah angkatnya.

“Saya menyanyi ini kerana minat dan saya sudah berhabis banyak duit untuk merealisasikan impian. Tak kira apa saja skeptikal orang terhadap diri, saya mahu buktikan apa yang saya perjuangkan selama ini.

“Soal berbaloi atau tak apa yang saya buat ini soal lain. Bonus jika ada suka nyanyian saya,” katanya yang akan muncul dengan album berkonsepkan pop.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");