Jenayah

Remaja Perempuan Maut Jatuh Telaga

SETIU: Seorang remaja perempuan mati lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, Bandar Permaisuri, di sini petang Rabu.

Dalam kejadian pada 4 petang itu, Norsyakirah Izati Nazliza, 13, dipercayai mengikut datuknya Mat Daud Dollah, 73, menahan pukat di sebuah bendang yang terletak kira-kira 25 meter dari rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa dipercayai terjatuh ke dalam telaga yang ditenggelami air di bendang itu.

Katanya, insiden berkenaan disedari dua sepupu mangsa yang segera memaklumkan kejadian itu kepada datuk mereka.

“Telaga tersebut agak dalam dan tidak dapat dilihat kerana dipenuhi air dan gerakan mencari mangsa dijalankan dengan bantuan penduduk kampung.

“Mayat mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok itu berjaya ditemui tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
-mstar-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");