Sukan Hari Ini

Ronaldo, Messi buat penonton Old Trafford hampa

MANCHESTER: Saat ghairah penonton mahu menyaksikan kelibat dua bintang bola sepak – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo – tidak kesampaian.

Ini kerana kedua-dua pemain ikon itu hanya beraksi selama 45 minit sahaja dalam perlawanan siri persahabatan antarabangsa antara Argentina dan Portugal, awal pagi tadi.

Portugal menang 1-0 menerusi jaringan Raphael Guerreiro yang menerbangkan badan sebelum menanduk masuk gol kemenangan itu pada minit pertama masa tambahan.

Tanpa Ronaldo dan Messi, penonton di Old Trafford sudah hilang minat dan ada bersorak tanda kecewa apabila pengumuman dibuat bahawa mereka tidak akan muncul di padang pada babak kedua.

Jelas sekali ia bukan malam bermakna ketika kedua-dua bintang tersohor itu memperagakan kelibat dan nilai mereka menjelang undian untuk anugerah pemain Terbaik Dunia. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");