Jenayah

Rumah tenggelam empat kali

Alor Setar: “Mujur kami sempat menyelamatkan diri sebelum paras air naik mendadak sehingga dua meter dalam rumah kami.

“Saya bimbang kerana ibu saya (Che Pok Ibrahim, 83) ada penyakit gout sehingga menyukarkan dia untuk berjalan cepat.

“Dalam tempoh dua bulan ini sudah empat kali rumah saya dinaiki air berikutan hujan lebat,” kata Roziah Hamid, 54, antara 111 mangsa membabitkan 29 keluarga di daerah Kota Setar yang ditempatkan di dua lokasi pusat pemindahan banjir, semalam.

Mangsa banjir dipindahkan di surau Kampung Lapangan Terbang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soon Chin, di sini, sejak malam kelmarin berikutan rumah mereka dinaiki air.

Roziah yang tinggal empat beranak termasuk ibunya di Kampung Lorong Sungai Pekan Bukit Pinang, di sini, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas apabila paras air naik mendadak pada jam 10.30 pagi semalam (kelmarin).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");